FREE Shipping On All Orders Within Malaysia Shop Now
Cart 0

Panduan Solat Jamak & Qasar

Persoalan yang seringkali bermain dalam fikiran kita, lebih-lebih lagi bila dalam perjalan yang jauh adalah bagaimana untuk melakukan solat samada jamak dan qasar, atau salah satunya sahaja.

Juga di fikiran kami di tim Telekung.co, persoalan yang sama sering kami tempuhi, lebih-lebih lagi bila pulang ke kampung halaman (semasa Hari Raya ataupun sebarang 'occasion').

Dan untuk kemudahan semua, kami telah membuat carian & menyusun kembali maklumat dari sumber-sumber autoriti untuk rujukan & manfaat anda semua. Kita mulakan dengan Solat Qasar:

Solat Qasar

Maksud Solat Qasar: Memendekkan solat yang empat rakaat menjadi dua rakaat.

Solat yang boleh Diqasarkan:

1. Solat Zohor

2. Solat Asar

3. Solat Isyak

Syarat-syarat Solat Qasar:

  1. Mengetahui destinasi yang ingin ditujui & perjalanan tersebut bukan bertujuan untuk melakukan maksiat;
  2. Perjalanan tersebut melebihi 2 marhalah iaitu 60 batu atau 96.6km (atau 85km menurut panduan Ustaz Zaharuddin);
  3. Tidak mengikuti imam yang solat penuh (4 rakaat);
  4. Berniat solat Qasar ketika takbiratul ihram;
  5. Solat Qasar yang dilakukan mestilah dalam waktu yang masih bermusafir;
  6. Jika niat semasa hendak mula bermusafir (mula perjalanan) untuk tinggal di destinasi lebih dari 3 hari (tidak termasuk hari sampai & hari bertolak pulang), maka tidak berhak untuk dilakukan Solat Qasar sejurus sampai di destinasi. Dan jika tidak berniat lebih 3 hari atau langsung tiada niat, kiraan 3 hari adalah tidak termasuk hari tiba di destinasi & hari bertolak pulang. Dalam tempoh tersebut, boleh mengerjakan Solat Qasar jika tiada niat 3 hari.

Niat Solat Qasar:

Contoh niat solat Qasar untuk solat Fardhu Zohor:
 niat solat qasar

Persoalan Tambahan Mengenai Solat Qasar:

Soalan: Bolehkah mengerjakan solat Qasar jika perjalanan adalah pulang ke kampung halaman?

Berikut adalah jawapan yang diberikan oleh Ustaz Zaharuddin Abd Rahman:

Jawapan: Soalan saudari tentang tidak boleh jamak sekiranya destinasi perjalanan itu adalah kampung halaman sendiri adalah seperti berikut (Rujuk Al-Fiqh Al-Islami Wa Adillatuhu, 2/1362 cet 4, dar Al-Fikr):-

a- Seseorang yang kerja di KL, manakala kampung kelahirannya di Batu Pahat, Johor atau mana-mana jarak yang melebihi 85 KM. Apabila ia sampai ke kampung asalnya ( ibu bapanya juga di sana) ia tidak boleh lagi menqasarkan solat kerana ia tidak dikira bermusafir lagi apabila telah sampai ke kampung walaupun berniat duduk kurang dari 3 hari.

b- Seseorang yang kampung kelahirannya di Perak, dan ia kerja di KL dan kampung isterinya di Johor. Apabila ia balik ke kampung isterinya, juga tidak boleh qasar apabila telah sampai. Bagaimanapun terdapat pandangan menegatakan si suami berhak menjamak dan qasar kerana ia bukan tempat tinggalnya. Bagi saya, kelaur dari yang khilaf adalah lebih baik dalam hal ini.

c- Sekiranya ia dalam perjalanan balik dari kampung Johor atau Peraknya ke KL, ia juga tidak boleh meng"qasar"kan solat apabila telah sampai ke rumahnya di KL

Adapun kenyataan saudari "tidak berada lebih tiga hari di sesuatu tempat perhentian" adalah syarat untuk qasar sahaja. Adapun solat jamak, maka ia masih di bolehkan jika terdapat sebab-sebab yang di sebutkan di atas.

Sumber: http://zaharuddin.net/fiqh-ibadah/319-ringkasan-perihal-solat-jama-a-qasar.html

Solat Jamak

Maksud Solat Jamak: Menghimpunkan 2 solat Fardhu ke dalam satu waktu solat.

Solat-solat yang boleh Dijamakkan:

1. Zohor dengan Asar;

2. Maghrib dengan Isyak.

Kategori Solat Jamak:

1. Jamak Takdim:

Maksud Solat Jamak Takdim: Solat Fardhu Zohor dihimpunkan bersama Solat Fardhu Asar dalam waktu Zohor. Solat Fardhu Maghrib dihimpunkan bersama Solat Fardhu Isyak dalam waktu Maghrib.

Syarat sah Solat Jamak Takdim:

a. Hendaklah dikerjakan dengan tertib iaitu mendahulukan solat fardhu yang pertama diikuti solat fardhu yang kedua. Contohnya, solat Fardhu Maghrib kemudian diikuti dengan solat Fardhu Isyak.

b. Berniat menjamakkan solat ketika mengerjakan solat fardhu yang pertama.

c. Mengerjakan kedua-dua solat secara berturut-turut tanpa diselangi dengan solat sunat atau lain-lain perbuatan kecuali mengambil wuduk.

2. Jamak Ta’khir:

Maksud Solat Jamak Ta'khir: Solat Fardhu Zohor dihimpunkan bersama Solat Fardhu Asar dalam waktu Asar. Solat Fardhu Maghrib dihimpunkan bersama Solat Fardhu Isyak dalam waktu Isyak.

Syarat sah Solat Jamak Ta’khir:

a. Berniat dalam waktu solat fardhu yang pertama untuk menangguhkan solat fardhu yang pertama tersebut ke dalam solat fardhu waktu kedua.

b. Masih bermusafir sehingga selesai melaksanakan kedua-dua solat.

Solat Jamak & Qasar

Jamak Takdim:

Lafaz niat solat Jamak Takdim (Zohor & Asar):

i. Lafaz niat solat Zohor:

niat solat jamak takdim zohor

ii. Sejurus selepas memberi salam, berdiri semula dan berniat untuk mengerjakan solat Fardhu Asar seperti berikut:

niat solat jamak takdim asar

Lafaz niat solat Jamak Takdim (Maghrib & Isyak):

i. Lafaz niat solat Maghrib:

niat solat jamak takdim maghrib

ii. Sejurus selepas memberi salam, berdiri semula dan berniat mengerjakan solat Fardhu Isyak seperti berikut:

niat solat jamak takdim isyak

Jamak Takhir:
 

Lafaz niat solat Jamak Takhir (Zohor & Asar):

i. Lafaz niat solat Zohor:

niat solat jamak takhir zohor

ii. Sejurus selepas memberi salam, berdiri semula dan berniat mengerjakan solat Fardhu Asar seperti berikut:

niat solat jamak takhir asar

Lafaz niat solat Jamak Takhir (Maghrib & Isyak):

i. Lafaz niat solat Maghrib:

niat solat jamak takhir maghrib

Sejurus selepas memberi salam, berdiri semula dan berniat mengerjakan solat Fardhu Isyak seperti berikut:

niat solat jamak takhir isyak